2011年7月8日星期五

LATAR BELAKANG / MAKLUMAT ASAS / SEJARAH

Sejarah Pertubuhan S.R.J.K.(C) BANDAR SPRINGHILL
( LADANG SENDAYAN)

S.R.J.K.(C) LADANG SENDAYAN ditubuhkan pada 9 hb. September 1953. Sekolah ini telah diasaskan oleh guru besar yang pertama sekolah ini, iaitu Encik Khoo  Tian Chong dan beberapa pemimpin tempatan seperti Teo Yew Ching, Soh Shi Xi, Cheok Shi Huai, Sam Keng dan Leong Loi.

Encik Khoo sebagai printis sekolah ini telah  membuat perancangan  untuk mendirikan sebuah  sekolah  untuk  memberi pendidikan kepada penduduk-penduduk di sini. Beliau telah memilih tapak asrama pekerja kayu balak di ladang Sendayan ini sebagai bilik darjah sementara. Cadangan ini telah dipersetujui oleh peniaga kayu balak  yang berasal dari Lukut.  Cadangan ini turut di sambut baik oleh pekerja ladang dan penduduk  kampung  yang berhampiran masing-masing telah menderma dan memberikan sumbangan sejumlah wang bagi  membiayai belanja membeli  bahan kayu papan yang diperlukan. Encik Soh dengan sukarela telah bertungkus-lumus mengubah wajah asrama pekerja ini kepada sebuah bilik darjah sementara.

Semasa persekolahan bermula, enrolmen murid cuma ada empat puluh  lebih orang sahaja. Pelbagai kemudahan pembelajaran masih kekurangan lagi. Disebabkan ruang bilik darjah yang sempit menyebabkan pembelajaran murid terpaksa dibahagikan kepada 2 sesi , iaitu sesi pagi dan sesi petang. Encik Khoo sendiiri telah menjadi guru yang pertama mengajar di sini.

Selepas itu, Encik Khoo telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk mendirikan bangunan bilik darjah yang standard. Setelah menempuhi berbagai rintangan, akhirnya peruntukan untuk membina bangunan sekolah telah dikumpulkan, di mana perbelanjaannya di tanggung bersama-sama di antara  syarikat ladang ini dan kerajaan. Bagaimanapun bilik darjah sekolah ini  adalah  bangunan yang diubahsuai daripada pejabat ladang ini.  Bangunan ini telah dibahagikan kepada 2  bilik darjah iaitu sebuah untuk sekolah Cina dan sebuah lagi untuk sekolah Tamil.

Pada 31 Ogos 1955, Tuanku Najihah  Binte Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin , isteri kepada Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dijemput bagi merasmikan bangunan sekolah ini. Ketika itu, bilangan pelajar telah bertambah kepada lima puluh lebih orang.  Tahun berikutnya, bilangan murid bertambah kepada lapan puluh lebih  dan tenaga pengajar juga ditambah kepada 3 orang, Encik Khoo sendiri telah memegang jawatan sebagai guru besar pertama sekolah ini.

Pada tahun 1959, sekolah ini telah berjaya menghasilkan sekumpulan pelajar pertama yang berjaya menamatkan pendidikan peringkat sekolah rendah.

Pada tahun 1962, kewangan sekolah ini telah bertukar kepada bantuan kerajaan. 

Pada tahun 1964,  DUN Jimah, YB Encik Chia Yuen Kui berjaya membantu sekolah ini mendapat  peruntukan membina 2 bilik darjah dan sebuah gelanggang bola keranjang.  Bilangan pelajar pada masa itu telah meningkat dan melebihi seratus tujuh orang. Bilangan guru pula adalah seramai 7 orang.
   
Pada tahun 1968, Dun Jimah, YB Encik Chia sekali lagi berjaya membantu sekolah ini mendapatkan peruntukan tambahan membina 2 bilik darjah, tandas dan pagar.
   
Kemudahan seperti Kantin, pejabat guru dan tandas baru juga telah disediakan pada tahun 1972 dan berikutnya. Bilangan pelajar sekolah ini telah mencecah rekod tertingginya iaitu 211 orang  pada 1977.  Pada 14 hb. Jan 1978 Guru besar Encik Khoo yang terikat kepada peraturan JPA terpaksa bersara pada usia 55 tahun. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun  di sekolah ini. Usaha dan dedikasi yang gigih itu telah memimpin dan membangunkan sekolah ini ke tahap yang sangat membanggakan telah di beri penghormatan yang tak terhingga.  Sepanjang tempoh khidmat beliau di sekolah ini, nama sekolah ini menjadi terkenal di daerah Port Dickson.

Pada tahun 80an dan 90an, sekolah ini telah mengalami perubahan yang sangat ketara akibat perubahan aktiviti ekonomi yang berlaku di sekitarnya.  Ramai keluarga telah berhijrah kerana menukar pekerjaannya. Bilangan murid kian hari merosot dan mencapai ke tahap yang menyedihkan (antara 55 - 75 orang).

Walau bagaimanapun perkembangan sekolah ini adalah sebaliknya pula, kemudahan -kemudahan yang sedia ada ditambahkan dengan adanya seperti perpustakaan, bilik sains , bilik Kemahiran hidup,  bilik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bilik komputer (sedang dalam persediaan) dan sebagainya.

Guru besar Encik Wong Ah Boh. Beliau sedang merancang dan berusaha membawa sekolah ini ke arah  Wawasan 2020  serta menjadi Sekolah  Bestari. Atas usaha beliau, SJK(C) Ladang Sendayan telah berjaya berpindah ke kawasan perumahan baru,Bandar Springhill pada tahun 2007.
   
SJK(C) Ladang Sendayan juga telah menukar nama lamanya kepada  SJK(C) Bandar Springhill. Sekolah yang berwajah baru ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti bilik komputer, bilik muzik, bilik bahan bantu mengajar dan sebagainya.  Dengan usaha yang gigih dari pelbagai pihak, terutama sekolah YB Dato' Dr Yeow Chai Thiam telah membantu LPS dan PIBG sekolah ini menyempurnakan bumbung dewan yang terbengkalai (disebabkan kekurangan dana pembinaan) selama hampir 2 tahun. Pihak  sekolah sangat terhutang budi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek pembinaan bangunan baru ini.

Kini, dibawah pimpinan Guru besar Encik Chong Seng Teik, perkembangan sekolah sedang menuju ke arah peringkat kegemilangan bagi semua aspek. Enrolmen murid dan guru turut kian bertambah setiap tahun. Pada tahun 2011, enrolmen murid ialah 138 dan guru seramai 12 orang. Dijangkakan pada 2012 nanti, enrolmen murid akan melebih 150 orang.



Pengasas Sekolah:

1.   En. Khoo Tian Chong
2.   En. Teo Yew Ching
3.   En. Soh Shi Xi
4.   En. Cheok Shi Huai
5.   En. Sam Keng
6.   En. Leong Loi





Guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

No
Tarikh mula
Memegang
 jawatan
Tamat
Nama Guru besar
1
9 Sept 1955
4 Jan  1978
En. Khoo Tian Chong
2
Feb  1978
Okt  1979
En. Goh Poh Teck
3
Nov  1980
Ogos   1985
En. Siow Tian Phoon
4
Sep 1985
Jun  1989
En. Wong Kok Chin
5
Jul  1989
Sep  1991
Cik. Tan Sook Kian
 (Memangku)
6
Okt  1991
Dis  1994
En. Chan Kim Chan
7
Dis   1994
Sep  1996
Pn. Sam Lai Kan
8
Okt  1996
Mac  1998
Pn. Yee Kam Kwong
9
Mac  1998
Mei 2005
En. Wong Ah Boh
10
Jun  2005
sekarang
En Chong Seng Teik




LATAR BELAKANG PELAJAR-PELAJAR
SJK( C ) BANDAR SPRINGHILL


KAJIAN SOSIO EKONOMI DAN PERSEKITARAN IBU BAPA

Jenis pekerjaan
Bil
peratus
1. Profesional
4
3
2. Kakitangan Kerajaan
17
12
3. Kerja Sendiri / Nelayan/ Petani
56
41
4. Buruh / Kilang / Swasta
55
40
5 Lain-Lain
6
4
JUMLAH
138
100




KAJIAN KAWASAN TINGGAL PELAJAR

Kawasan kediaman
Bil
peratus
1. Bandar Springhill
60
44
2.Kampung Sendayan
28
20
3.Taman Bandar Lukut
23
17
4.Taman Sri Lukut
21
15
5 Lain-Lain
6
4
JUMLAH
138
100




没有评论:

发表评论